Thursday, 19 January 2012

EMAS DIJANGKA CECAH RM 503/GRAM?? BIAR BETUL!!!!!!!!!

Berita Harian - 17/01/2012

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.

“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh

Wednesday, 18 January 2012

pening!!pening!!

assalamualaikum kawan2, sedara mara, adik2, kakak2, abang2..semoga sume nyer sentiasa di dalam lindungan ALLAH swt..;)..

anda pening?pening ngan saper?ngan tajuk saya?hahaha..saya baca pun saya pening..:)..hihi..

napa saya pening?sebab smlm sy gi satu taklimat.dlm taklimat tu sy diberitahu bagi tempoh kewangan berakhir 31 disember 2010, hutang awam=RM407++ billion..liabiliti=RM 206++million..wang awam yg ada only RM41++billion..mana nak cekau duit nak bayar hutang2 tu?..kan ke pening tu??banyak tul ek rkyt msia ni berhutang (termasukla saya,,kihkihkih..)..kalo bhutang beli aset xper gak..ni banyk yg bhutang tu dok beli liabiliti..

apa beza aset n liabiliti?xtau??sesungguhnya anda perlu tahu..kwangkwangkwang..(,")..secara ringkasnya, aset is sesuatu yg bagi kita duit dlm senyap..liabiliti tu adalah apa2 yg watkan kita kene kuarkan duit utk dia dalam senyap..kenapa dlm senyap?sebab kita wat semua tu dalam keadaan kita sedar tp tak perasan..hahaha..contoh aset is emas..kita beli emas, every year harga emas naik..then kita dapat untung..so emas bagi kita duit..contoh liabiliti plak is kete..kita kua duit beli kete, tapi makin lama, rege kete makin turun n kita still kene  byr kete tu bulan2..kan ke kita rugi di situ..so, dah tau mana aset, mana liabiliti?dah?okeyy, bagusss!!!

dah tau aset aper kan?so, jom beli aset..nak beli hartanah xleh beli kecik2..kene beli sekali beso..tau aper yg leh beli sket2?emas la..aper lagi..(",)..tapi sebelum nak beli emas, kene kaji dulu ciri2/kriteria2 nak beli emas tu..jgn somoborono je gi beli emas..nak wat sesuatu kene ada ilmu..ingat tu!!:)

aper bende alah nyer yg nak dikaji tu?nak tau?skarg?rilex ler..sy ingat sy nk citer next entry la..buleh?misti buleh punyer...hihi..sabar yer..(",)..kita jumpa next entry hokayyy...caucincau...assalamualaikum....

Sunday, 15 January 2012

Mulakan Langkah Anda Sekarang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Apa khabar anda semua?Harap sihat seadanya..(",)..

Erm..first time nak beli emas, memang payah!!ye la..sebab harga emas bukannya murah..paling koman 1dinar pun skang ni dah rm754(harga ketika post ini ditulis)..mana nak cekau duit banyak tu..baki duit gaji pun tak cukup dah..

Yess!!itu la dilemma yang kita hadapi untuk mula membeli emas..cam saya dulu jugak..kalo anda nak tahu, dulu saya beli sekeping dinar pada bulan April/Mei 2010, harganya RM540..la ni dah rm754..bapa beza?Yup!!bezanya rm214..hanya dalam masa tak sampai 2 tahun..ada la dalam 39.63% untung..hikhikhik..banyak gak kan compare ngan pelaburan lain..hihi..

Saya dulu, first beli emas agak bercinta jugak la nak decide untuk beli..lama gak tunggu harga turun..tapi tak turun2..maka, saya pun beli satu keping sebelum rege nyer semakin menaik..trust me!!once dah beli sekeping, tunggu dalam setahun, dah kira untung, then, pastu PASTI anda akan MENAMBAH stok emas anda..betul!!!x caya cer cuba beli sekeping dulu..tak mo beli 50g, yg 10g,20g,5dinar or 10dinar ader gak..nak kecik lagi, beli 1dinar dulu..untuk jangka panjang, memang untung!!untuk jangka pendek pun untung jugak!!x cayer??PERCAYALAH.......(,")..

So, jom!!!mulakan langkah pertama anda sekarang..sebab kelemahan kita ialah kita takut untuk memulakan langkah pertama walaupun kita dah kaji baik-buruk sesuatu perkara itu..cepat ikut saya!!mulakan pengembaraan ke dunia pelaburan emas...(",)..

Kenapa Perlu Beli Emas

Soalan paling kerap ditanya.Macamana nak melabur duit yang ade?ASB ke, Simpan Bank ke atau Main Saham?Jawapan yang anda sendiri kena jawap.Coz semua jenis perlaburan tu bergantung kepada tujuan dan cita-cita anda untuk melabur

Cara Mesra Pelaburan Emas Anda

Banyaknya Emas..Tak teringin ke nak dapat banyak emas macam tu?So stay tune with me la in this blog.By the way, thanks a lot coz ramai yang sudi baca blog saya nie..